Blog ini ialah hasil daripada minat yang mendalam yang ada pada diri dua orang remaja; Muhammad Mursyid bin Muhammad Hussaini dan Huzaifah bin Omar. Kami meminati kesenian Bahasa Malaysia dan mencuba untuk mengantarabangsakan karya-karya kami. Kami cinta akan bahasa, pemuda biasa, tangan berbisa! Insya-Allah
Selasa, 27 Disember 2016
RENDAHNYA KITA
Mereka hidup tanpa akal
Maka orang menghukum bodoh
Mereka hirup tanpa hidung
Maka orang menghukum hodoh
Ketahuilah
Tatkala dilempar pada api
mereka lari
kerana mereka tahu
rasanya bukan sakar
azab dibakar
Sedang manusia
dari fajar ke asar
membuat dosa
lalu ke malam buta
mendekatkan diri ke api neraka
Ada akal tidak berguna
Ada jasad tidak berdaya
Ada roh tidak bernyawa
Akhirulkalam,
Satu kata juta tanya
Adakah yang hodoh lebih bodoh?
-Sajak ini adalah nukilan bersama:
a)dakwatumpah
b)penaberlari
Disiapkan pada 26/12/2016. 5:25 petang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan