Isnin, 19 Disember 2016

SEBERMULA


Melati kuntum tumbuh melata,
          Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
          Kami sembah pembuka bicara.

Sang semberani mencari baiduri,
          Terkena sumpah menjadi himar;
Mursyid Hussaini penaberlari,
          Dakwatumpah Huzaifah Omar.


Coretan ini bukan milik jentayu yang mampu terbang tinggi. Tetapi mungkin milik merak yang angkuh dengan kecantikan walau awan tidak ditawan.
-penaberlari

Puncak ancana cuba didaki, membuat blog bertema seni. Sebarang kesilapan kami baiki, agar menjadi sehebat Hamzah Fansuri.
-dakwatumpah

1 ulasan:

  1. Tahniah atas usaha anak muda mendalami keindahan bahasa seperti ini.

    BalasPadam